31Mac1989
" Esok aprilfool...skali dengan harijadi Pian..,ermm ape yang aku nk kenekan die ye..hehe...erm..ape ye...ermm..." Zakry berbaring memikirkan cara untuk mengenakan sahabat baiknya Suffian atau senang dengan panggilan Pian.Sambil fikirannya sedang mencari helah..,die membelek sekeping cenderahati yang dibelinya ketika bercuti ke langkawi bersama keluarga untuk diberikan kepada Pian sebagai hadiah harijadinya yang jatuh pada hari yang sama esok...
" Haa...rase2nye bolehla kut...hihi.." Zakry sepertinya telah mendapat idea untuk rancangan nakalnya itu....
Ketika Pagi 1April1989...
" Pian..selamat hari lahir ye...mak mintak maaf sebab tak dapat bagi pian ape2 hadiah...mak..." Belum sempat ibunya menghabiskan ayat Pian mencelah " Mak..,Pian tak nak ape2 pun...cukupla dengan mak menjage dan membesarkan Pian.,tu pun Pian dah bersyukur sangat2 dan berterima kasih pada mak sebab mak dah mendidik Pian dan sayang Pian..." Kata2 Pian membuatkan ibunya tersenyum dan terharu dengan ketabahan anaknya walaupun hidup mereka miskin tetapi Pian tak pernah merungut.
" Tengahari nanti mak masakkan lauk kegemaran Pian..,gulai nenas ikan masin ye..?" Pian mengangguk tanda gembira kerana dia memang cukup gemar dengan masakan ibunya itu...
Pian mengucup tangan ibunya dan berangkat ke sekolah dengan berjalan kaki....Jarak jauh rumahnya ke sekolah tidaklah begitu jauh..ianya cuma mengambil masa selama 15-20minit..
Masa Rehat Jam 10.30pagi
Zakry mencari2 Pian di kantin sekolah tapi tak ada..rupa2nya Pian sedang berehat di pondok berhadapan surau sekolah... Zakry tersenyum nakal..dia mahu mengenakan sahabatnya yang sedang makan roti kosong bekalannya dari rumah..
" Pian..!! Pian..!!" Zakry meluru laju ke arah Pian yang terkejut dengan jeritan Zakry lalu bangun terpinga2.."Kenape dengan kau ni Zakry...cemas semacam je..ade ape..??!"..." Mak kau..mak kau...kat rumah...." Bulat mata Pian bile mendengar Zakry menyebutkan ibunya..dengan tidak bertanyakan apa2 pada Zakry,roti kosongnya tadi ditangan terlepas dari pegangannya dan terus berlari....
Zakry yang tadinya ingin bergurau menjadi risau dengan perlakuan Pian yang berlari pantas meninggalkannya..sehingga hadiah didalam genggamannya tidak sempat untuk diberikan pada Pian.. Zakry mengejar Pian sehingga tercungap2 kerana badannya yang agak gempal itu tidak kuat tuk berlari seperti Pian yang kurus tinggi...
Pian sudah pun melewati pintu sekolah..dan Zakry masih lagi cuba mengejar Pian dan bersuara agak menjerit " Pian..,aku main2 jela...aku belum abis cakap lagi..!" tapi jeritannya sia2 kerana Pian sudah agak jauh ke depan...dan selangkah lagi Zakry ke pintu sekolah.....
" Kreeeeggghh Duuummm..!! " Di depan matanya sebujur tubuh Pian melayang ke tepi apabila Pian yang tidak memandang kiri dan kanan ketika ingin menyeberang jalan telah dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda. Zakry terkedu dan badannya tegak membatu seolah2 menjadi patung kerana tidak percaya apa yang dilihatnya.."Aku bermimpi..aku bermimpi.." itulah yang terpacul dari mulutnya...dia cuba menggenyeh2kan matanya dan berharap semua itu bukan realiti...Namun itulah yang terjadi...Pian telah dilanggar..!
Hospital Sungai Buloh
Pian yang dibantu oleh seorang guru dan 2pelajar lain bersama Zakry diusung laju untuk dibedah..Zakry yang dari tadi mengekori tidak dapat menahan tangisnya melihatkan sahabatnya yang berlumuran darah sehinggakan baju sekolah putihnya sudah menjadi merah.. " Pian..aku mintak ampun mintak maaf Pian...aku xde niat nk wat kau camni Pian...bangunla..jangan wat aku takut...! " Ketika itu Zakry sudah tidak pedulikan lagi keadaan sekeliling..apa yang dia harapkan hanyalah Pian sedar kembali....
Dirumah Pian...
Sedang ibunya ingin memasak lauk kegemaran Pian..pinggan yang berisi nenas telah terhempas ke lantai..dan menyebabkan kakinya mengalami sedikit luka kecil...hatinya jadi tidak tenang namun dia cuba tidak memikirkan yang bukan2 kerana ianya disebabkan kecuaiannya sendiri...
Hospital Sungai Buloh 2jam kemudian.....
Debaran Zakry semakin kencang apabila doktor yang cuba menyelamatkan Pian keluar dari bilik kecemasan...
" Doktor macamane kawan saye tu doktor....die selamatkan..??!"..." Saya dan kumpulan telah berusaha semaksima yang boleh tuk selamatkan kawan kamu..tapi kecederaan die amat parah..dan...saya mintak maaf...kami tak dapat selamatkan kawan kamu..harap kamu dan semua bersabar dan redha dengan pemergiannya...."
Bagaikan jantungnya direntap keluar...Zakry terjelepok ke lantai dan seperti sesak nafas...matanya yang bengkak akibat menangis.. meraung dan air matanya bak air terjun mengalir deras ke pipi....
"PIAN...MAAFKAN AKU....!!!!" itulah yang diulangi berkali2 walaupun gurunya cuba menenangkan dia tetapi Zakry tidak mempedulikan sesiapa lagi....menangis meraung dan meraung.....dan ketika itu jugalah die membuka genggaman tangannya lalu melihat sekeping cenderahati yang ingin diberikan pada Pian...
Selamat harijadi Suffian..
Semoga Persahabatan Kita Kekal Hingga Ke Nafas Terakhir....
Zakry kembali menangis setelah membaca coretan yang ditempah khas untuk Pian dan masih tidak menyangka sahabatnya telah tiada..dan semuanya gara2 APRILFOOL...!!!
Dirumah Suffian.....
Zakry yang masih lemah menggagahkan dirinya untuk bertemu ibu Pian..."Nak atau tidak aku mesti beritahu sendiri tentang Pian...sebab aku yang bertanggungjawab atas semua yang berlaku..Ya Allah..Kau berikan lah aku kekuatan tuk hadapi semua ini Ya Allah....." kata Zakry dihati yang gundah....
"Assalamualaikum mak cik...."..." Wa'alaikumsalam.....eh Zakry..ada ape ni tibe2 je datang..kalau nk jumpe dengan Pian..,die belum balik sekolah lagi....Zakry tak ade nampak die ke..? Mak cik ni pun tengah tunggu die..mak cik ade masakkan lauk kesukaan Pian...marilah naik kite makan sekali nanti ye..." ramah ibu Pian dengan senyuman.,menyerlahkan lagi garisan tua dimukanya itu...
Kemesraan ibu Pian menyambutnya..menambahkan lagi berat hati dan sebak untuk menceritakan perkara sebenar.....
" Mak cik....ma..maaf..maafkan saya...Suffian dilanggar kereta...semuanya kerana saya....dia...dia...dah tak ade mak cik... ampunkan saya mak cik..saya yang salah...! saya tak patut bergurau dengan Pian tadi...saya...." ibu Pian rebah ke lantai usang...seperti dunianya gelap bila Zakry beritahu Pian sudah tiada lagi...mulutnya agak terlopong seperti ada yang hendak diucapkan tetapi tidak terkeluar kata2...ibu Pian menutup mata dan mulala air mata seorang ibu mengalir kerana kehilangan anak tunggalnya.... Melihatkan keadaan ibu Pian itu..mulut Zakry bagaikan dikunci dan tidak mahu meneruskan percakapannya tadi...
"Ya Allah kalau inilah yang kau inginkan...aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah...." doa ibu Pian menikamkan lagi rase bersalah Zakry terhadap wanita tua itu..kerana dia lah yang telah memisahkan hubungan seorang ibu dengan anaknya......Zakry menyesal....beribu kesalan............
Kini...31Mac2011
Zakry sudah berusia 36tahun...mempunyai seorang anak, Zahirul berumur 13tahun..kejadian 22tahun lepas itu diceritakannya kepada Zahirul....kerana Zahirul sepertinya dulu..ingin membuat gurauan sempena Aprilfool esok hari kepada rakannya...Zakry tidak mahu Zahirul tersilap kata sepertinya dahulu....Zahirul mendengar dengan kusyuknya dan niatnya untuk mengenakan rakannya esok dilupakan.......
No comments:
Post a Comment